…selamat jalan 2012…selamat datang 2013…

1234am 1jan2013….

lama sungguh rasanya tidak menulis…maka pada ketika ini…pantas jari jemari menekan papan kekunci komputer riba untuk menyatakan sesuatu….(hahaha…terasa penyataan ini kelakar..)

setakat ini…apa yang dh berlaku pada 2012….suka atau duka…tawa atau tangis…hitam mahupun putih semuanya telah pun diatur kemas oleh-Nya…kita merancang…Dia pun merancang…dan rancangan-Nya sudah tentu lebih baik dari apa yang kita rencanakan…maka, jangan pernah untuk bersedih jika apa yang diingini. dihajati tidak diperolehi….kerana kita perlu sedar bahawa segala yang berlaku itu sudah tertulis…dan apa yang telah termaktub itu ada lah yang terbaik…cari la sisi positif pada setiap perkara yang berlaku…jangan mudah untuk melenting dan menuding jari untuk mencari salah siapa…cuba diam dan fikir…supaya kita boleh jadi yang lebih baik dari sebelumnya…

—-<<<(nasihat untuk diri sendiri)>>>—-

dan sepanjang 2012 ini…

Januari muncul….masih belum banyak aktiviti…

kita mulakan dengan percutian singkat pada bulan Februari ke Kluang…jalan2 cari makan di Kluang Rail Coffee…kemudian ke Hutan Lipur Gunung Belumut…

Image

Image

Image

seterusnya, masih lagi dalam bulan Februari…majlis Perkahwinan Zafirah Liyana Abdullah…salah seorang kawan baik di UniMalaya…dan kawan sekolah Izni Izzati Riduan

Image

Image

Kejohanan Memanah MSSJ di Pontian…satu pengalaman yang ngeri kerana tempat pertandingan dilanda hujan lebat dan angin kencang yang hampir menerbangkan khemah..

Image

Image

bulan Mac pula…

perasmian Galeri Alumni SMKA Maahad Muar

Image

menjadi guru pengiring lawatan pelajar ke FRIM…seronok tempat ni…ada “jungle trekking”…

Image

Image

bercuti ke Kota Kinabalu bersama Kak Faridahanna, Kak Maryam Alhana dan suaminya, Cikgu Zainal Fitri…seronok..walaupun hajat untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu tidak tercapai…

Image

April pula menyusul dengan perkahwinan antarabangsa antara sepupuku, Azlinda Zabha dengan Leon Jolly….

Image

pertandingan kawad kaki daerah Muar/Ledang

Image

majlis perkahwinan Nurul Hidayu Azizul…seorang rakan guru yang aku kenali semasa menjalankan program Mukhayyam di Lanchang, Melaka…

Image

teknik menjawab Biologi yang disampaikan oleh Pn Hjh Noor Rasidah Kasbi, Guru Cemerlang Biologi Daerah Muar…

Image

Image

Mei tiba…

lawatan ke I-City Shah Alam

Image

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Image

Jun pula berlabuh…

Lawatan pengantarabangsaan Kluster ke Jakarta dan Bandung

Image

Image

Image

Image

merehatkan minda sebentar di Pantai Mesra, Seri Menanti, Muar

Image

 Image

Julai pula menjelma…

ke Cameron Highlands untuk kali yang ke-3…memang tidak pernah jemu untuk ke sini..

Image

Image

Pertandingan Cooking With Nature Peringkat Daerah Muar/Ledang

Image

Ogos menjengah….

hadir ke Majlis Perkahwinan Muslinah Hassan..

Image

Hari Raya Aidilfitri

Image

September menyapa….

sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah..

Image

Oktober dan November agak sebuk dengan peperiksaan…PMR dan SPM…maka, tiada gambar…

di bulan Disember baru sahaja berlalu…

menyerikan majlis perkahwinan Mashitah Zakiah Mohd Dom di Melaka…

Image

bercuti ke Penang dan Kuala Kangsar

Image

Image

Image

Image

Image

Image

dan majlis perkahwinan terakhir 2012 yang dihadiri ialah antara Nurul Izza dan Amin Nor Rashid..

Image

Image

Image

….alhamdulillah selesai…walaupun apa yang telah dimuat naik ini bukanlah keseluruhan cerita hidupku sepanjang 2012…cebisan kenangan yang terakam di kamera kompak mahupun telefon bimbit banyak membantu aku mengimbas kembali detik-detik berharga yang aku lalui…

Syukur kepada Allah Tuhan Sekalian Alam yang telah mengizinkan aku hidup di bumi-Mu, menghirup udara-Mu, berdiri di atas tanah-Mu, menikmati alam-Mu dan segala-galanya…

Maaf atas khilafku dan terimalah taubat hamba-Mu….

temui AKU DI LEMBARAN BARU….

wassalam 

2 Comments (+add yours?)

  1. azlina
    Dec 31, 2012 @ 23:04:48

    You are enjoying your life~ suka tengok. Selamat naik skolah . Naik 2hb atau 3hb?

    Reply

  2. yanml
    Jan 01, 2013 @ 06:28:32

    kak ina……yan pon suka tgok akk n family happy gak…bby damia yg comel….huhuhu….2hb start belajar…1hb pendaftaran plajar2….akk sama x??…ke melaka cuti 1hb??….

    selamat meneruskan perjuangan ye kak…..

    Reply

Leave a comment