…ampunkan aku ya Allah….aku pelaku dosa…

Ya Allah Ya Rahman. 

Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..

Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan

Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab

Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap

Aduh..teruknya diriku..

Ya Allah
Berilah aku kekuatan dan petunjuk
Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan
Yang sangat hebat membinasakan diriku
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku

Ya Allah
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?

Aku tidak mahu ya Allah
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu…

Ya Allah..
Maafkanlah diriku
Tolong maafkan diriku
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini
Terlalu banyak..tidak terhitung..
Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Bersihkanlah diriku ya Allah
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!

Aku merayu penuh harap
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupk
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu

Redhailah diriku Ya Allah
Redhailah keluargaku Ya Allah
Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah
Rahmatilah kami Ya Allah..
Rahmatilah..
Rahmatilah..

Duhai jiwa yang resah..
hayatilah pujukan murni daripada Allah ini..

Allah itu maha penyayang dan maha pengasih

repost from http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4585–coretan-hati-si-pelaku-dosa.html

…selamat hari guru yg ke-4…

16MAY2012

tahun ni, tahun ke-4 aku menyambut hari guru….

tahun ni patutnye tema baju biru…tp aku pakai bju merah hati pink2….huhuhu…. and then ada gak cecikgu yg pakaibju lain2 warna…apekah???

sebelum waktu rehat…kami ada pnp seperti biasa…oleh sebab dh musim exam…so bdk2 ulangkaji matapelajaran sendiri la ye…ape2 hal nk tya…cikgu ada masuk kelas….

ikuti serba sedikit corat coret HARI GURU SMKA MAAHAD MUAR

antara hadiah yg telah diberi leh student….tq ye…

persembahan hiwar@perbualan bahasa arab oleh pelajar ting 2….jaiyid jiddan

satu lg persembahan menarik….kalam jamaie@coral speaking@engucapan berirama bahasa arab oleh pelajar ting 2 Alim….mumtaz

antara muka2 ceria guru2 di pagi hari guru…..SELAMAT HARI GURU…

….HAPPY TEACHER’S DAY….

 

…wedding yang dinanti-nantikan…alhmdulillah…

pada 12 may 2012……

terlaksana la sudah perjanjian dua hati antara

MAISARAH RAZALI & NOR BADRUL ANUAR JUM’AT

yang diikat selama 18 bulan…..

aku doakan moga ikatan yang terbina kekal ke akhir hayat….

moga jauh dr segala fitnah…

moga lahir zuriat yang soleh dan solehah…

ikuti sorotan serba sedikit acara persandingan antara kedua mempelai…

maisarah yg amat cantek di hari bahagianya….moga ko bahagia sentiasa….

ambik berkat boleh?? kuikukui

antara kengkawan yg hadir memeriahkan majlis….

the bride n flower girls…..so sweet…

menanti penuh debar….

senyum terukir tatkala yang dinantikan tiba….

kedatangan disambut dgn senyuman yg paling manis….dan dipersembahkan dgn persembahan tarian..

tarian daripada kumpulan seni petronas…

ehem…ehem…ape bisik2 tu??….

beriringan berpegangan tangan menuju ke pelaminan…..

pasangan pengantin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir memeriahkan suasana…..

ALHAMDULILLAH

segala urusan dipermudahkanNYA berkat doa daripada semua yang menanti-nantikan peerkahwinan anda berdua…

sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar

bertawakallah padaNYA

dan SARAH…ko antara orang-orang itu…

salam sayang buat MAISARAH RAZALI….

sahabat, kawan, teman, rakan yang istimewa

….selamat hari gu….terima kasih cikgu…

assalam….
hari ni, tonton berita tv3 and tertonton sekali iklan…..
…eh…dh ada iklan hari guru la…..
terasa plak kembang kuncup hati ni…..
bukan mudah nk dapat kata2 ucapan terima kasih cikgu tu dgn ikhlas….

16 MAY …mmg akan aku nantikanmu…..

SELAMAT HARI GURU TO ALL MY TEACHERS.,…
TADIKA IRSHADUL BANAT 1990-1991
SK BANDAR MAHARANI 1992-1997
SMKA MAAHAD MUAR 1998-2002
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 2003-2004
UNIVERSITI MALAYA 2004-2008

jasamu dikenang….kerana mu jua aku dapat jd cikgu….
alhmdulillah…..

…seposen dari singget….

 

…..”seposen dr singget je yan……”…..

erkkkk…….bengkek aku dgr ayat ni……apekah??…mmg la k*** ni 10% je….tp kalu dh kluar dr mulut org yg tak sepatunye….aku jadi bengkek sgt2…kang klu dilangkau…kata tak ikut procedure…bila dh dirujuk minta bebaik…kluar pulak ayat tersebut…baik xyah anto pertandingan cam tu…dok sekolah je…belajar sampai muntah….biar tertekan…last2 sume xdapat…..

….”prinsip saya, sy mementingkan a******k….”

apekah???….sume org kot pentingkan mende tu…xde sape pon menafikan mende tu mmg 90%…..ntah pape……sume mende nk dikejar…tp klu gini caranya…..mmg tak ke mana la…dpt cukup2 makan pon dh ok….

malas nk menyalak bukit…so pas ni, klu ada lg pertandingan ape2 xyah anto penyertaan…tumpukan aje yg 90% tu…

tp kena ingat…..xde yg seposen tu…xcukup singget ok…..

 

….sekolah tanpa cuti….

minggu ni aku g sekolah tanpa ada cuti….percaya x????…penat sebenarya …dan terpikir utk mencutikan diri….kehkehkeh…tapi mana boleh kan?!….sesuka ati nk cuti tanpa sebab….kesian kt bdk2….

dlm 2 minggu ni, byk aktiviti kt sekolah ni….cgu penat, budak pon penat….dgn kawadnye….english carnival nye….latihan itu…latihan ini…..masing2 exhausted but kena juga teruskan….n dh mula nmpk tanda2 tak elok dah ni….ramai bdk2 yg dh mula demam……kena rehat ni…….

Image

but no time to rest….setiap masa mengejar sesuatu yg masih belom pasti….tp tanpa usaha mmg takkan jd satu kepastian la kan?!…so teruskan mengejar asalkan yg dikendong tidak keciciran….

cgu2 kt sekolah ni macam xleh ada masa terluang….ada je program nk di masukkan utk menjayakan dan merealisasikan impian….grab the opportunities…..jgn ambil kesempatan atas kebaikan org lain sudah la ye….

Image

tak kisah la ape org nk kata…..yg ptg kita tahu dan percaya dgn apa yg kita lakukan….xkira la ujian apa yg dtg….dalam bentuk apa sekali pon….kita kena sabar bebanyak…moga segala usaha diperkenankan….bertawakallah….

Image

kena ingat, segala apa yg dtg pada kita, baik yang buruk atau indah…. semuanya telah diaturkan sebelum kita muncul di muka bumi ni lg…..percaya qada qadar…jgn pula tak berusaha….salah konsep tu….mmg kena redha dgn ketentuanNYA tp jgn pasrah dan mengalah dan tak mahu berubah…..be positive….Allah akan sentiasa bersama dgn org2 yang bersabar dan Dia akan memakbulkan permintaan hambaNYA…daripadaNYA kita dtg…dan kepadaNya jua kita kembali….

….we can never predict the feeling….

A person who is always smiling happily in front of you, know that he also often wiped away her tears when alone. A person who is always joking in front of you, know that he was also depressed when alone. A person who always inject the words of encouragement to you, know that he is restoring his feelings to himself.

When a person is always laughing happily, does not mean he does not know the meaning of grief. :)

…..4 April…..

assalam….hari ni just nak luahkan rasa hati yg sebenarnya terharu sgt dengan apa yang para pelajar 5 Hadi 2012 dah buat sempena birthday aku pada 4April yg lalu…..

sebelum sampai ke tarikh tersebut…aku mmg dh berniat nk bg sume kelas yg aku ajar tu kek…..alhmdulillah tercapai….

n berbalik pada 5 Hadi td…..4 april 2012 tu hari rabu….kebetulan masa tu ada 3/5 kelas yg aku ajar aku masuk….so sempat bagi by hand la….

1st class on that day was 5 alim….720-840 am….abis je aku ngajar…aku potongkan kek yg aku nk bg tu then dorang makan la sikit sorang…alhamdulillah cukup….terima kasih la wishkan saya happy bday eh…..sayang korang….

actually dr hari isnin lg dorang dah kecoh2 pasal bday tu…cam poyo la plak kan nk sambut bukan pada harinya….hohoho

then 2nd class was 2 muja….1020-1130 am….seperti biasa aku bg salam n then sebelum dorang duduk….dorang nyanyikan bday song…..huhuhu….tq sgt…cepat tol tersebar….rasa cam satu sekolah tahu 4april tu bday aku…..seronok ada segan2 kambing pon ada…..

3rd class plak was 5 Hadi 1205-115 pm…..n pas abis kelas sebelum aku kluar….dorang plak yg buat aku surprise…..dorang dah beli kek utk aku…..terharunya….AMAT TERHARU…..korang mmg akan selalu ada dlm hati saya…insyaAllah…tq for the cake n best wishes….satu hari saya tersenyum je….terima kasih sangat2….sy sayang korang….korang dh macam adik2 sy…..sy nk korang jadi manusia yg berguna di masa hadapan….korang byk kelebihan di tempat lain wpon xmenyerlah dalam belajar….rezeki korang Allah dah tentukan yang terbaik…..usaha je ke arah itu….insyaAllah

 

n seriously sy mmg amat gembira pada hari tersebut…Allh beri sy kegembiraan dgn menghadirkan org2 yg boleh menerima kehadiran sy di dunia ni seadanya…org2 yg dapat bekerja dgn sy dlm satu organisasi…org2 yg selalu ada utk sy rujuk…org2 yg bersedia mendengar cerita2 saya….org2 yang menjadi tempat sy bersandar bila memerlukan…org2 yang sedia berkongsi cerita suka duka…..terima kasih Allah..utk nikmat MU yang tak ternilai ini….

moga aku dapat menjadi hambaMU yg setiasa bersyukur…

inspirational song by good singers, composed by good composer….

….CERITA YANG TAK PERNAH HABIS….

Beberapa hari ni macam2 cerita berlegar2 di bibir kengkawan sekeliling….

waduh2…ntah mana nk percaya….cuma jadi neutral…tidak mahu menyokong mana2 pihak…yang penting bila dh dengar cerita daripada pihak2 yang terlibat, baru la jelas apa yang sebenarnye berlaku….

ape ni???…macam tak boleh nk duduk sekali n berbincang…bukan besar pun perkara yang diperkatakan….just bila ramai yang buat spekulasi…benda kecik jadi besar…masing2 nk jaga hal sendiri…macam goyah sanagt ukhuwah atara kita hingga jadi org yang tak mahu berkomunikasi….tp bila berkomunikasi plak…ada yang hanya dia je yang betol…sudah juga tu…dan ada bila berkomunikasi…cakap nak besar je…macam bagus sangat…

sampai bila ek nk jadi cam ni???…kelakar la bila kitadalam komuniti kecik cam ni ada rasa yang tak sedap berlegar-legar…tak seronok…macam ada je yg nk menikam belakang….

ku mohon ampun drpdaMu Allah….moga kami dalam golongan yang mendapat perlindungan Mu…bantu la kami…

taken from spreadsalam

….KOTA KINABALU, KUNDASANG N GUNUNG KINABALU…..

ASSALAM…..

Cuti sekolah yg lalu, aku telah menghabiskan masa n duit (of course) dgn bercuti ke SABAH……

hamboi2…seriously mmg cantek n puas hati…..terima kasih utk kak MARY n hubby serta kak FAIRY yg sudi mengajak diri ini pergi bersama….mmg seronok tahap gaban….

berlepas ke Kota Kinabalu dr LCCT pada isnin 1245pm…tp delayed ke 130pm….n sampai je ke KK jam 330pm (lebih kurang)…..huhuhu first time nek flight cam teruja plak…hahaha (cam kanak2)…di pandu oleh kapten salleh yg cakap cam bergumpal2 dalam mulut…sepatah haram aku tak paham….

sesampai di KK kami menaiki teksi ke hotel penginapan…malam tu kami telah ke pasar Philipine menjamu mata sambil makan seafood yg murah n membeli souvenir utk rakan2….huhu…perabih duit sebenarnye…tp xpe…yg penting puas hati…

keesokan paginya, kami bertolak ke Jesselton utk melawat pulau2 terkenal sekitar KK….kami menyewa bot berharga RM300 dan kami dibawa melawat ke 3 buah pulau pilihan….PULAU SAPI, PULAU MANUKAN dan PULAU MAMUTIK….mmg cantek pulau2 ni dgn air laut yg jernih…ikan2 berenang tanpa segan silu….meliuk lentok dalam air tu macam minta dibelai…tak kurang juga ikan2 yang seolah-olah beratur menghadap satu arah yg sama dalm kumpulan yg besar….mmg cantek n mengagumkan…SUBHANALLAH…

sesudah melawat pulau…kami meneruskan perjalanan ke KUNDASANG yang mengambil masa lebih kurang sejam dr KK….kami di bawa  oleh En Bijy ke tempat penginapan di Kinabalu Pine Resort….lawa sungguh tempat ni….buka2 pintu je dah nmpak Gunung Kinabalu….pagi2 bagun tdo dah nmpak keindahan ciptaan Tuhan….SUBHANALLAH….

setelah bersarapan…kami meneruskan agenda utama kami ke Sabah…PENDAKIAN GUNUNG KINABALU…..huhuhu….pagi yang cerah amat2 membantu dan memberikan kami semangat utk mendaki….

hohoho…masa sampai ke kilometer 3.5 ni….rsa dah tak larat nak teruskan perjalanan…dah mula rasa sakit kaki sana sini….maklum la….dah la kenderaan berat, lebih muatan pula….so decided to stop at Layang-layang Hut pada ketinggian 2702m….xpe2….dah itu yang termampu YAN….jika satu masa nanti terhbuka hati ni dan bila dah jadi kenderaan ringan yang tak lebih muatan….insyaAllah aku akan try utk panjat lagi….actually tercabar dgn makcik-makcik and pakcik-pakcik yg dah pencen nek turun gunung tu cam mainan je…..aduhai….xpe yan…sabar….hohoho…..

kami memulakan perjalanan pulang menuruni gunung pada jam 640pg ke timpohon gate….alhmdulillah kami sempat sampai ke HQ pada jam 12++pm….lebih kurang 5jam berjalan…menunggu bas je dh sejam…so betol2 smpai HQ tu lebih kurang jam 12 lebih la…

sampai je di HQ…kami g lunch di kafeteria yg disediakan….

selesai makan, kami berkampung sebentar d surau sementara menunggu kak Mary n hubbynya turun….so sesi mengambil gambar oleh kak Fairy pon berlangsung….gambar dambil ke luar tingkap….kabetulan hujan….kabus tebal….sampai xnmpak jalan….takutnya nk memandu dalam keadaan ni…sejuk pulak tu….

itulah ekspedisi pendakian kami……penat…tp seronok tak terhingga….ada kelapangan dan duit lg…insyaAllah akan kembali ke sini utk aktiviti-aktiviti yg lebih menarik…..

utk yg akan dtg…teringin nk pergi ke Pulau Sipadan yang org kata lg cantek laut dan ikan2nya…..seronok ni…nk menggelapkan kulit yg mmg sediakala gelap…hohoho…..

SIPADAN….wait for me ok…

moga impian jadi kenyataan…aminnnn

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.